SEORANG penyokong bola sepak Brazil meninggal dunia kerana serangan jantung ketika sedang menyaksikan aksi sepakan penalti negaranya bertemu Chile awal Ahad lalu.
Lelaki berusia 69 tahun itu dikatakan mengalami tekanan dengan dengan aksi tersebut ketika menonton di sebuah bar berdekatan dengan stadium di Belo Horizonte.
Menurut laporan tersebut, pegawai kesihatan di Brazil telah menjalani rawatan seramai 98 orang penyokong ketika perlawanan itu, termasuk seorang wanita berusia 50 tahun yang mengidap penyakit jantung, manakala seorang lelaki muda mengalami patah hidung kerana bergaduh.
Perlawanan Brazil-Chile berkesudahan seri 1-1 sehingga mengheret perlawanan ke penentuan penalti yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Brazil 3-2. [ Mstar ]